AGENDA

Bomba selamatkan pendaki terkandas akibat diserang asma di Miri

26 Dis 2024, 12:30 PM
Bomba selamatkan pendaki terkandas akibat diserang asma di Miri

KUCHING, 26 DIS: Seorang pendaki lelaki yang terkandas di Canada Hill di Miri akibat diserang asma diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada 10.27 pagi dan segera menggerakkan bantuan ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari mangsa berdasarkan lokasi yang telah dikongsikan melalui aplikasi Google Maps dan mangsa dijumpai pada jarak 300 meter dari jalan utama.

“Pihak bomba mendapati mangsa berumur 25 tahun yang mendaki sendirian itu mengalami kelelahan akibat diserang asma,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa dalam keadaan stabil dan dibawa ke kawasan selamat sebelum operasi ditamatkan pada 11.20 pagi.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.