ad
BERITA UTAMA

Selangor teroka aspek pembenihan, pembakaan produk pertanian berkualiti tinggi

26 Dis 2024, 12:00 PM
Selangor teroka aspek pembenihan, pembakaan produk pertanian berkualiti tinggi

AMPANG, 26 DIS: Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) yang dilaksana bagi menjaga keterjaminan makanan bakal memfokuskan kepada projek pertanian moden dan bernilai tinggi sepanjang tahun depan.

EXCO pertanian berkata pelan yang memasuki peringkat akhir untuk fasa satu itu turut menekankan produk pertanian yang mendapat permintaan di pasaran sekali gus meningkatkan pendapatan petani.

“PeTA fasa satu akan lengkap tahun hadapan sebelum kita teruskan kesinambungannya pada fasa dua. Jadi tahun depan kita akan fokus pertanian bernilai tinggi seperti Melon Selangor (MeloSel), vanila dan bawang.

“Kita mahu produk ini sentiasa ada di pasaran. Kita miliki teknologi yang bagus jadi kita akan teroka lagi supaya sentiasa mendapat permintaan. Setakat ini kita lihat PeTA satu berjaya dan kita akan teruskan kejayaan ini,” kata Dato’ Ir Izham Hashim.

Ditemui poda majlis serahan bantuan Program Agro Bandar dam Kebun Komuniti hari ini, beliau berkata PeTA fasa dua yang berjalan mulai 2026 akan terarah kepada aspek pembakaan dan pembenihan antaranya kambing biri biri Barbados Blackbelly, udang kara serta bawang.

“Usaha ini akan menjamin kesinambungan rantaian bekalan makanan sebab kita bermasalah dalam aspirasi ini. Contohnya kambing, tak boleh ternak sebab baka tak ada. Begitu juga dengan udang kara.

“Kita berkaya perluaskan tapi tak ada benih. Jadi kita akan fokus. Begitu juga dengan peningkatan kualiti bawang bermula dari anak benih,” katanya.

PeTA yang dilaksana pada 2022 menekankan lima asas bagi jaminan bekalan makanan rakyat meliputi pertanian bernilai tinggi, pertanian moden, rantaian bekalan makanan lengkap, pembangunan agropreneur dan pelancongan agro.

Inisiatif tersebut juga memenuhi Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 bagi meningkatkan hasil pengeluaran.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.