AGENDA

Hulu Selangor, Gombak diramal hujan lebat hingga 9 malam

26 Dis 2024, 11:41 AM
Hulu Selangor, Gombak diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 26 DIS: Hujan lebat diramal melanda Hulu Selangor dan Gombak hingga 11 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di beberapa daerah di Perak dan Sarawak.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.