ad
BERITA UTAMA

Dana hampir RM5 juta rancak sektor pertanian, bantu sumbang KDNK negeri

26 Dis 2024, 8:00 AM
Dana hampir RM5 juta rancak sektor pertanian, bantu sumbang KDNK negeri
Dana hampir RM5 juta rancak sektor pertanian, bantu sumbang KDNK negeri
Dana hampir RM5 juta rancak sektor pertanian, bantu sumbang KDNK negeri

AMPANG JAYA, 26 DIS: Dana hampir RM5 juta diperuntuk kepada sektor pertanian negeri sepanjang tahun ini dengan sebahagian besar disalurkan untuk projek pertanian moden dan bernilai tinggi.

EXCO pertanian berkata bantuan meliputi RM2.75 juta dari pentadbiran negeri serta RM2.2 juta dari persekutuan membantu pertumbuhan sektor sekali gus menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

[caption id="attachment_679501" align="aligncenter" width="812"] EXCO Pertanian Dato' Ir Izham Hashim berucap pada majlis penyerahan Bantuan Input Pertanian Dan Pelaksanaan Projek Melon di Dewan Terbuka Serbaguna Kampung Pandan Dalam Ampang pada 26 Disember 2024. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

“Saban tahun kita ada peruntukan untuk bantu petani, nelayan termasuk peralatan. Cuma tahun ini kita tambah bantuan khas untuk tanaman Melon Selangor (MeloSel) kerana kejayaannya dan permintaan tinggi.

“Bantuan-bantuan ini dapat menggalakkan penglibatan warga petani dalam pertanian bernilai tinggi yang turut beri kesan kepada pendapatan mereka,” kata Dato’ Ir Izham Hashim ketika majlis serahan bantuan Program Agro Bandar dan Kebun Komuniti hari ini.

[caption id="attachment_679499" align="aligncenter" width="814"] EXCO Pertanian Dato' Ir Izham Hashim (dua, kanan) mencuba jentera bajak di majlis penyerahan Bantuan Input Pertanian Dan Pelaksanaan Projek Melon di Dewan Terbuka Serbaguna Kampung Pandan Dalam Ampang pada 26 Disember 2024. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Dalam majlis berkenaan, beliau menyerahkan peralatan pertanian berjumlah RM450,000 termasuk sumbangan menjayakan projek tanaman MeloSel kepada pihak berkuasa tempatan.

Mengulas lanjut, wakil rakyat Pandan Indah berkata tanaman berkenaan yang diusahakan di Ampang dan Sabak Bernam itu mendapat permintaan tinggi selain menjadi antara produk eksport utama negeri.

“Di Pandan (Ampang), empat pusingan tanaman sudah dituai dan hasilnya sangat berkualiti. Jadi tapak ini bakal dijadikan sebagai tempat latihan untuk membimbing dan mendidik lebih ramai peserta kebun komuniti,” katanya.

Tahun lalu Kerajaan Negeri memperuntuk RM200,000 untuk memperluas program rumah hijau penanaman MeloSel dengan anggaran tuaian sehingga 4,000 biji pada setiap pusingan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.