ad
BERITA UTAMA

EXCO: Tampil kelainan, pelbagai aktiviti setiap perayaan sempena TMS2025

25 Dis 2024, 2:00 PM
EXCO: Tampil kelainan, pelbagai aktiviti setiap perayaan sempena TMS2025
EXCO: Tampil kelainan, pelbagai aktiviti setiap perayaan sempena TMS2025
EXCO: Tampil kelainan, pelbagai aktiviti setiap perayaan sempena TMS2025
EXCO: Tampil kelainan, pelbagai aktiviti setiap perayaan sempena TMS2025

SHAH ALAM, 25 DIS: Pelbagai acara menarik bakal menghiasi kalendar Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025) sempena sambutan Tahun Baharu Cina, kata EXCO Pelancongan.

Dato’ Ng Suee Lim berkata sambutan perayaan berkenaan mengetengahkan elemen seni kebudayaan bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara.

“Kita mahu tampilkan elemen kebudayaan untuk menjadi produk tarikan unik kepada pelancong. Kita mahu perkemas dan perkasakan lagi sektor pelancongan kita.

[caption id="attachment_679443" align="aligncenter" width="1185"] EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim bercakap kepada media selepas majlis Selangor Festive Tourism: A Chinese New Year Experience di Courtyard by Marriot Setia Alam, Shah Alam pada 25 Disember 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Malah untuk perayaan lain seperti Aidilfitri pun kita akan buat dengan lebih meriah dan tampilkan kelainan sempena TMS2025,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau ditemui selepas menyertai sesi perkongsian Selangor Festive Tourism: A Chinese New Year Experience bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat dan pelajar di Setia Alam di sini, hari ini.

Suee Lim menambah, Kerajaan Negeri berhasrat menaik taraf Lorong Gopeng, Klang sebagai lorong kebudayaan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), NGO dan swasta sempena Tahun Baharu Cina.

[caption id="attachment_679442" align="aligncenter" width="985"] EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim (empat, kiri) menggaul Yee Sang dalam majlis Selangor Festive Tourism: A Chinese New Year Experience di Courtyard by Marriot Setia Alam, Shah Alam pada 25 Disember 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Selain itu, katanya, buat julung kalinya sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat negeri akan diadakan di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen, Jenjarom.

“Ini pertama kali kita anjurkan di lokasi warisan dan majlis berkenaan akan disempurnakan dengan kehadiran tetamu kehormat selain pengunjung pelbagai latar belakang,” katanya.

Baru-baru ini Kerajaan Negeri menerusi Tourism Selangor melancarkan kempen TMS2025 dengan slogan Selangor Kan Ada! selain memperkenalkan maskot rasmi Spark The Fireflies.

[caption id="attachment_679444" align="aligncenter" width="1093"] Persembahan tarian singa dalam majlis Selangor Festive Tourism: A Chinese New Year Experience di Courtyard by Marriot Setia Alam, Shah Alam pada 25 Disember 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.