SHAH ALAM, 25 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di seluruh Terengganu mulai 29 hingga 31 Disember ini.
Amaran hujan berterusan tahap waspada dalam tempoh sama juga diramal melanda hampir seluruh daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai
Beberapa daerah di Sabah pula dijangka mengalami hujan berterusan tahap waspada dalam tempoh 28 hingga 30 Disember.



