AGENDA

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

24 Dis 2024, 4:16 AM
Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

KUALA LUMPUR, 24 DIS: Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) telah mengisytiharkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024.

Pengagihan itu terdiri daripada pendapatan 5.50 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit.

Jumlah pembayaran RM10.1 bilion akan memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB, kata PNB dalam satu kenyataan hari ini.

Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, pengagihan pendapatan ASB kali ini adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun, sejajar dengan strategi kepelbagaian aset PNB dan prestasi pasaran ekuiti awam yang kukuh.

--  BERNAMA