ad
AGENDA

Dibunuh kejam, sebutan semula kes Cikgu Istiqomah 23 Januari

23 Dis 2024, 6:48 AM
Dibunuh kejam, sebutan semula kes Cikgu Istiqomah 23 Januari

ALOR GAJAH, 23 DIS: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 23 Januari sebagai sebutan semula kes bekas guru yang berdepan tuduhan membunuh seorang guru wanita Istiqomah Ahmad Rozi pada Disember tahun lepas.

Majistret Dr Teoh Shu Yee menetapkan tarikh itu selepas Pegawai Pendakwa Insp Noor Hidayu Abd Latif memaklumkan pihaknya telah menerima laporan DNA dan bedah siasat berhubung pembunuhan kejam berkenaan.

Tarikh itu ditetapkan mahkamah selepas menerima cadangan daripada peguam tertuduh K. Veeranesh.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang juga bekas guru didakwa pada 19 Ogos lepas atas tuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mohd Fadzly Ariffadzilah, 36, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Teoh namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia dituduh membunuh Istiqomah yang mayatnya ditemukan dalam keadaan menyayat hati di tepi jalan Kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang di sini antara 26 hingga 31 Disember 2023.

Sabit kesalahan, boleh dihukum gantung atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.