ad
AGENDA

Bual bicara kupas prestasi Kerajaan Madani di Media Selangor malam ini

23 Dis 2024, 4:34 AM
Bual bicara kupas prestasi Kerajaan Madani di Media Selangor malam ini

SHAH ALAM, 23 DIS: Sempena dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan mengulas prestasi kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bual bicara tersebut menampilkan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar. Ia dikendalikan Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar.

Dalam program Sembang Malam anjuran Media Selangor, beberapa isu hangat berkenaan politik dan ekonomi akan diperdebatkan.

Program selama sejam itu disiarkan jam 9 malam ini di Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.