ad
AGENSI

Rancak sukan bola pikel, MPAJ cadang naik taraf beberapa gelanggang

21 Dis 2024, 1:28 PM
Rancak sukan bola pikel, MPAJ cadang naik taraf beberapa gelanggang
Rancak sukan bola pikel, MPAJ cadang naik taraf beberapa gelanggang

HULU LANGAT, 21 DIS : Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bercadang menyediakan beberapa gelanggang bola pikel yang berkembang pantas sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Yang Dipertuanya Dr Ani Ahmad berkata beberapa lokasi sedang dikenal pasti susulan saranan Kerajaan Negeri yang mahu pihak berkuasa tempatan memperbanyak gelanggang sukan tersebut.

"Kita akui ada permintaan daripada pelbagai pihak untuk menyediakan gelanggang sukan ini yang semakin diminati oleh pebagai lapisan umur.

[caption id="attachment_678780" align="alignleft" width="404"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Dr Ani Ahmad bercakap kepada media pada Majlis Perasmian Program Komuniti Sempena Hari kanak-Kanak,Hari OKU dan Hari Warga Emas MPAJ 2024 di Taman Melawati, Ampang pada 21 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

"Sukan ini semakin berkembang dan MPAJ menyokong usaha menyemarakkan sukan ini. Insya-Allah, kita sedang teliti lokasi yang bersesuaian dan akan diputuskan dalam masa terdekat,” katanya.

Sukan bola pikel menggabungkan teknik badminton, tenis dan pingpong.

Menyedari kerancakan sukan ini di Malaysia, Kerajaan Selangor selaku tuan rumah memutuskan untuk memasukkannya dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi 2026.

Dalam Belanjawan Selangor 2025 pada 15 November, Dato’ Menteri Besar mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk menggalakkan perkembangan sukan ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari mencadangkan kepada PBT menukar gelanggang badminton ruang terbuka di taman-taman awam kepada bola pikel kerana sukan itu lebih sesuai di kawasan tertutup.

Sebelum ini, Amirudin dilapor berkata acara sukan dan rekreasi dijadikan teras inisiatif dalam kalendar Tahun Melawat Selangor 2025 bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.