ad
BERITA UTAMA

Sidang Dewan Negeri Selangor tahun depan dijadual buka tirai 18 Februari

19 Dis 2024, 2:00 PM
Sidang Dewan Negeri Selangor tahun depan dijadual buka tirai 18 Februari
Sidang Dewan Negeri Selangor tahun depan dijadual buka tirai 18 Februari

SHAH ALAM, 19 DIS: Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) tahun depan dijadual berlangsung membuka tirainya pada 18 Februari.

Speaker DNS Lau Weng San memberitahu perasmian pembukaan sidang itu disempurnakan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor .

[caption id="attachment_678528" align="aligncenter" width="812"] Speaker Lau Weng San bercakap kepada wartawan ketika ditemui pada majlis penyerahan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 19 Disember 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kita mahu sesuaikan dengan bulan puasa (Ramadan). Kita cuba elakkan bulan puasa untuk beri masa secukupnya untuk umat Islam menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan.

“Seperti biasa dewan bersidang sebanyak tiga kali setahun dan akan berlangsung 10 hari setiap sidang,” katanya ditemui selepas majlis penyerahan Program Bantuan Sekolah Selangor di sini petang tadi.

Menurutnya, selain perbahasan titah ucapan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, antara isu yang dijangka menjadi tumpuan pada persidangan berkenaan adalah banjir.

Sebelum ini, Weng San berkata beliau berpuas hati dengan prestasi perbahasan semua Ahli Dewan Negeri pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga DNS ke-15.

Beliau memaklumkan 104 soalan lisan berjaya dijawab selain empat rang undang-undang serta sembilan usul diluluskan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.