AGENSI

Jualan murah barangan dapur di empat lokasi, bantu rakyat berjimat

19 Dis 2024, 12:00 AM
Jualan murah barangan dapur di empat lokasi, bantu rakyat berjimat
Jualan murah barangan dapur di empat lokasi, bantu rakyat berjimat
Jualan murah barangan dapur di empat lokasi, bantu rakyat berjimat

SHAH ALAM, 19 DIS: Ayam RM10 seekor, ikan kembung (RM6/pek) dan beras lima kilogram (kg)(RM13) antara barangan dapur yang dijual murah di empat lokasi program  Jualan Ehsan Rahmah (JER) hari ini.

Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu bermula dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Selain barangan berkenaan, JER yang diadakan di Semenyih, Teratai, Batu Tiga dan Taman Templer itu turut menawarkan daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan) dan minyak masak lima kg (RM25).

Berikut empat lokasi JER hari ini:

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini. Bagi meluaskan capaian, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.

PKPS juga melancarkan Pasar Raya Ehsan Mart di Dataran Selayang, Batu Caves yang menawarkan harga barangan asas lebih rendah. Pasar raya itu bakal diperluas di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

[caption id="attachment_673642" align="aligncenter" width="1092"] Orang ramai membeli barang keperluan pada Program Jualan Ehsan Rahmah DUN Seri Setia di kawasan parkir Masjid Al Husna, Bandar Sunway pada 10 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]