SHAH ALAM, 14 SEPT: Jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lima lokasi hari ini.
Selain ayam RM10 seekor, orang ramai juga berpeluang membeli daging pejal (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).
Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang bermula dari 10 pagi hingga 1 tengah hari itu turut menawarkan ikan kembung RM6 satu pek, minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).
Berikut lokasi jualan murah hari ini:
Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.
Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.
Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.



