AGENSI

Sabak, Sementa antara empat lokasi jualan murah barangan asas hari ini

17 Dis 2024, 11:50 PM
Sabak, Sementa antara empat lokasi jualan murah barangan asas hari ini
Sabak, Sementa antara empat lokasi jualan murah barangan asas hari ini
Sabak, Sementa antara empat lokasi jualan murah barangan asas hari ini

SHAH ALAM, 18 DIS: Program Jualan Ehsan Rahmah  (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di empat lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi, jualan murah barangan dapur itu menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Berikut lokasi JER hingga 1 tengah hari ini:

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini. Bagi meluaskan capaian, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.

PKPS juga melancarkan Pasar Raya Ehsan Mart di Dataran Selayang, Batu Caves yang menawarkan harga barangan asas lebih rendah. Pasar raya itu bakal diperluas di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

[caption id="attachment_674522" align="aligncenter" width="953"] Orang ramai membeli barang keperluan pada Program Jualan Ehsan Rahmah DUN Seri Setia di kawasan parkir Masjid Al Husna, Bandar Sunway pada 10 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]