AGENDA

Ramalan hujan lebat, ribut petir enam daerah di Selangor hingga 10 malam

17 Dis 2024, 11:46 AM
Ramalan hujan lebat, ribut petir enam daerah di Selangor hingga 10 malam
Ramalan hujan lebat, ribut petir enam daerah di Selangor hingga 10 malam

SHAH ALAM, 17 DIS: Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 10 malam, menurut Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu memaklumkan di Facebook, hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka melanda seluruh Pulau Pinang selain beberapa daerah di Perak, Pahang, Johor dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_678296" align="aligncenter" width="655"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.