AGENDA

KL, Klang, Gombak antara lokasi diramal hujan lebat hingga 9 malam

17 Dis 2024, 9:43 AM
KL, Klang, Gombak antara lokasi diramal hujan lebat hingga 9 malam
KL, Klang, Gombak antara lokasi diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 17 DIS: Hampir semua daerah di negeri ini iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 9 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan di Facebook, amaran sama dikeluarkan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang dan Melaka selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.