ad
AGENDA

Pengurus kedai rugi RM81,050 ditipu skim pelaburan tidak wujud

17 Dis 2024, 8:33 AM
Pengurus kedai rugi RM81,050 ditipu skim pelaburan tidak wujud

KUALA TERENGGANU, 17 DIS: Seorang pengurus kedai kerugian RM81,050 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud di aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Azli Mohd Noor berkata pada 27 April lepas mangsa lelaki berusia 46 tahun itu ditawarkan satu skim pelaburan saham oleh seorang wanita tidak dikenali.

Beliau berkata suspek telah memujuk mangsa dan menjanjikan pulangan keuntungan hingga 400 peratus.

Mangsa yang terpedaya dengan tawaran itu telah membuat lapan transaksi berjumlah RM81,050 antara 1 hingga 22 Mei lepas.

Beliau berkata mangsa yang cuba mendapatkan pulangan pelaburan telah disekat daripada kumpulan WhatsApp yang diwujudkan untuk berhubung dan memantau pelaburan.

"Mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan pagi semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.