SHAH ALAM, 17 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor hingga 5 petang ini.
Agensi itu memklumkan di Facebook, amaran sama dikeluarkan melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor selain selain beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.



