AGENDA

Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu, Pahang hingga Khamis

17 Dis 2024, 5:11 AM
Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu, Pahang hingga Khamis
Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu, Pahang hingga Khamis

SHAH ALAM 17 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di seluruh Kelantan dan Terengganu hingga Khamis.

Amaran hujan berterusan tahap waspada juga diramal melanda Pahang melibatkan daerah Jerantut, Maran, Pekan dan Rompin, menurut agensi itu di Facebook.

MetMalaysia memaklumkan daerah Mersing dan Kota Tinggi di Johor dijangka menerima hujan berterusan bermula Khamis hingga Ahad.

Hujan lebat dalam tempoh sama juga diramal melanda beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.