AGENDA

Hujan berterusan tiga hari dijangka melanda empat negeri mulai hari ini

16 Dis 2024, 7:59 AM
Hujan berterusan tiga hari dijangka melanda empat negeri mulai hari ini

KUALA LUMPUR, 16 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan selama tiga hari dijangka berlaku di empat negeri bermula hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan cuaca itu diramalkan melanda seluruh negeri Kelantan dan Terengganu manakala Pahang melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, selain Perak (Hulu Perak).

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca sama mungkin terjadi di Sarawak yang membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah bermula pada Khamis ini hingga 22 Dis.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.