AGENDA

Lelaki berdepan detik cemas, kereta dipandu terjunam dalam sungai

15 Dis 2024, 1:36 PM
Lelaki berdepan detik cemas, kereta dipandu terjunam dalam sungai

KUALA KRAI, 15 DIS: Seorang lelaki berusia 28 tahun berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbebas lalu terjunam ke dalam Sungai Durian di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 6.23 petang.

Beliau berkata penduduk setempat yang melihat kejadian itu telah bertindak pantas mengeluarkan mangsa dari dalam kereta yang hampir tenggelam.

"Mangsa yang memandu kereta jenis Proton Exora itu dipercayai dari arah Kota Bharu ke Kuala Krai dan tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk pemeriksaan lanjut.

"Keadaan mangsa ketika ini masih trauma dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai masih menunggu laporan yang dibuat daripada mangsa untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kejadian itu," katanya kepada Bernama hari ini.

- BERNAMA