ad
AGENDA

Bayi lelaki berbalut kain dijumpai dalam semak di belakang surau

15 Dis 2024, 4:06 AM
Bayi lelaki berbalut kain dijumpai dalam semak di belakang surau

IPOH, 15 DIS: Bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam semak dalam keadaan berbalut kain oleh orang awam di belakang sebuah surau di Kampung Permatang, Sitiawan semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu pada 6.54 petang.

"Bayi itu dijumpai salah seorang ahli jawatankuasa surau yang datang untuk membersihkan persekitaran surau sebelum menyedari bunyi tangisan bayi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasbullah berkata bayi itu dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata polis masih mengesan ibu bayi berkenaan dan pihak yang mempunyai maklumat diminta hubungi pegawai penyiasat Inspektor Nur Munawara Ahmad di talian 011-1624 0391 atau menerusi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-688 6222 dan Hotline WhatsApp 014-682 8005.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.