ad
AGENDA

49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa ditahan

14 Dis 2024, 5:24 AM
49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa ditahan

DENGKIL, 14 DIS: Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam dalam Ops Sapu pagi tadi.

Pengarah Imigresen Selangor Khairrul Aminus Kamaruddin berkata serbuan 152 pegawai JIM Selangor antara 3.45 pagi dan 6 pagi itu diadakan susulan aduan awam mengenai kehadiran ramai warga asing di kawasan berkenaan dan pihaknya memeriksa 89 penghuni setinggan dalam serbuan itu.

Bercakap kepada media di lokasi, beliau berkata 30 lelaki dan 19 wanita berumur 17 hingga 55 tahun ditahan dalam operasi bagi kesalahan seperti tiada dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa.

Beliau berkata kebanyakan penghuni kawasan itu terdiri daripada kalangan warga Indonesia serta Myanmar, dan antara cabaran getir dihadapi pegawai JIM dalam serbuan itu ialah lokasi serbuan yang padat dengan rumah sewa serta jalan sempit, selain ada kalangan penduduk enggan memberi kerjasama.

Khairrul Aminus berkata semua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk pemeriksaan lanjut.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.