AGENDA

Amaran cuaca buruk empat daerah di Selangor hingga 6 petang

13 Dis 2024, 7:19 AM
Amaran cuaca buruk empat daerah di Selangor hingga 6 petang
Amaran cuaca buruk empat daerah di Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 13 DIS: Empat daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak diramal hujan lebat hingga 6 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di Labuan, beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.