SHAH ALAM, 13 DIS: Enam daerah negeri ini iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 3 petang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka selain beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.



