ad
AGENDA

Runtuhan cerun: Lorong kecemasan, perlahan di KM 9.3 arah utara Lebuhraya LEKAS ditutup

12 Dis 2024, 1:13 PM
Runtuhan cerun: Lorong kecemasan, perlahan di KM 9.3 arah utara Lebuhraya LEKAS ditutup

KUALA LUMPUR, 12 DIS: Lorong kecemasan dan lorong perlahan di KM 9.3 arah utara Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) ditutup susulan kejadian runtuhan cerun.

LEKAS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penutupan dua lorong terbabit bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih kawasan terjejas dilaksanakan.

"Pelan Pengurusan Trafik dan pemantauan 24 jam telah dilaksanakan bagi memastikan keselamatan lebuh raya dan pengguna lebuh raya.

"Pengguna lebuh raya dinasihatkan sentiasa mematuhi Pelan Pengurusan Trafik dan papan tanda semasa melalui lokasi kejadian. Segala kesulitan amatlah dikesali," menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh menghubungi talian infoline LEKAS di 1-800-888-021 bagi mendapatkan bantuan atau sebarang pertanyaan.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.