ad
AGENDA

Banjir kilat di Putrajaya, beberapa kenderaan ditenggelami air

8 Dis 2024, 11:54 AM
Banjir kilat di Putrajaya, beberapa kenderaan ditenggelami air

PUTRAJAYA, 8 DIS: Hujan lebat kira-kira satu jam bermula 4 petang tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 20 kenderaan terperangkap akibat banjir di Presint 11 Zon 4A di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Putrajaya Abdul Manaf Che Isa berkata dua jentera berserta 13 anggota digegaskan ke lokasi bagi membuat pemantauan selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.44 petang.

"Kerja-kerja membantu mengalirkan air dan membersihkan saluran tersumbat telah dilaksanakan oleh anggota bomba.

"Banjir surut kira-kira 5.30 petang tadi,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pada masa ini anggota bomba melaksanakan pemantauan di kawasan berkenaan berikutan hujan renyai.

"Pemantauan semasa turut dilakukan melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan kerjasama memperoleh maklumat berkaitan melalui Putrajaya Command Centre (PPj) juga dilaksanakan," katanya.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.