ad
AGENSI

Tengku Amir Shah berkenan rasmi program Selangor Eco Run 2024

8 Dis 2024, 6:30 AM
Tengku Amir Shah berkenan rasmi program Selangor Eco Run 2024
Tengku Amir Shah berkenan rasmi program Selangor Eco Run 2024
Tengku Amir Shah berkenan rasmi program Selangor Eco Run 2024

SUBANG JAYA, 8 DIS: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan merasmikan program Selangor Eco Run 2024 di Taman Komuniti, Putra Height di sini, hari ini.

Tengku Amir Shah diiringi EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin, EXCO Pelaburan Ng Sze Han, Speaker Dewan Negeri Selangor Lau Weng San dan Ahli Dewan Negeri (ADN).

[caption id="attachment_676851" align="aligncenter" width="651"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) bersalaman bersama para peserta larian pada Majlis Pelepasan Peserta Selangor Eco Run 2024 di Taman Komuniti, Putra Height, Subang Jaya pada 08 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dalam kenyataan berkata program bertujuan mempromosikan kelestarian, meningkatkan kesedaran mengenai pemeliharaan alam sekitar dan menyatukan komuniti melalui aktiviti yang menyokong gaya hidup sihat.

“Di bawah usaha ke arah kelestarian, peserta digalakkan untuk mengamalkan beberapa inisiatif hijau, termasuk membawa botol air guna semula, pakaian kitar semula dan minyak masak,” maklumnya menerusi Facebook.

[caption id="attachment_676854" align="aligncenter" width="705"] Antara peserta yang hadir pada Majlis Pelepasan Peserta Selangor Eco Run 2024 di Taman Komuniti, Putra Height, Subang Jaya pada 08 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Tambah UPEN, program anjuran bersama Selangor Youth Community (SYC) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dihadiri 1,500 peserta yang menyertai Fun Run sejauh 5 kilometer (KM).

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri terhadap pemeliharaan alam sekitar disamping menggalakkan gaya hidup sihat,” ujarnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.