ad
BERITA UTAMA

Inisiatif buru ikan bandaraya sepanjang Disember, tawar RM1 setiap kilogram

6 Dis 2024, 10:00 AM
Inisiatif buru ikan bandaraya sepanjang Disember, tawar RM1 setiap kilogram
Inisiatif buru ikan bandaraya sepanjang Disember, tawar RM1 setiap kilogram

SHAH ALAM, 6 DIS: Program Tangkap Ikan Bandaraya (pleco) dengan tawaran insentif RM1 bagi setiap kilogram diteruskan sepanjang bulan ini, kata EXCO pertanian.

Menurut Ir Izham Hashim, program yang diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad bermula esok, bakal berlangsung di anak Sungai Kuyoh dekat Seri Kembangan.

“Ini adalah usaha Kerajaan Negeri bagi menjaga kelestarian dan ekosistem di perairan sungai kita dari dijajah ikan asing,” katanya di Facebook.

Sepanjang September lalu, program berkenaan dilaksana di Denai Sungai Kebangsaan, Sungai Langat sebagai langkah memulihara spesies tempatan serta sungai.

Program julung kali itu berjaya mendaratkan 4,467 kilogram ikan dengan membabitkan penyertaan lebih 100 orang awam sekitar negeri ini.

Selain menjadi pemangsa, ikan invansif berkenaan juga berupaya menyebabkan berlakunya runtuhan tebing sungai dan ban memandangkan keupayaan menebuk lubang untuk bertelur.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.