AGENDA

Polis terima laporan pelajar dikasari guru

6 Dis 2024, 4:16 AM
Polis terima laporan pelajar dikasari guru

JOHOR BAHRU, 6 DIS: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes seorang murid berusia 10 tahun yang didakwa dikasari guru sekolahnya, kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Siasatan dirujuk kepada pendakwaraya bagi mendapatkan arahan untuk menyiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di Facebook yang mendakwa seorang murid ditampar, ditumbuk, direntap rambut dan diseret hingga ke pejabat sekolah oleh guru sekolah.

Pemilik akaun laman sosial berkenaan mempersoalkan perbuatan itu kerana kanak-kanak tersebut tidak mempunyai ibu bapa dan tinggal di rumah kebajikan masyarakat.

Hantaran itu turut mengundang kemarahan orang ramai dan mahu tindakan sewajarnya diambil.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.