ad
AGENDA

Terowong SMART diaktif lebih 600 kali, kurangkan risiko bah sejak 2007

5 Dis 2024, 8:08 AM
Terowong SMART diaktif lebih 600 kali, kurangkan risiko bah sejak 2007

SHAH ALAM, 5 DIS: Terowong Lebuhraya SMART diaktifkan lebih 600 kali untuk melencongkan banjir yang melanda ibu kota sejak siap dibina pada 2007, maklum timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan membelanjakan sejumlah RM1.7 bilion bagi pembinaan terowong itu yang berjaya mengurangkan risiko bencana bah di pusat bandar.

“Berdasarkan kajian oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPN) pada 2012, jumlah kerugian yang berjaya diselamatkan mengikut bilangan pengaktifan lencongan ini adalah bernilai lebih RM4.3 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan V Ganabatirau (HARAPAN-Klang) pada sesi pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, Fadillah memberitahu sebanyak RM392 bilion diperlukan sehingga tahun 2100 dalam usaha mengatasi bencana banjir di negara ini.

Menurutnya, jumlah peruntukan ini merangkumi pembinaan 365 projek tebatan banjir di seluruh negara.

“Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) tidak mempunyai jumlah peruntukan sebanyak bagi menyelesaikan masalah bah.

“Jadi disebabkan itu, Petra berpuas hati dengan projek terowong SMART di Kuala Lumpur yang telah disiapkan semenjak tahun 2007,” ujarnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.