ad
AGENSI

Tunai zakat minimum RM500 layak terima khairat kematian RM1,500

4 Dis 2024, 1:45 PM
Tunai zakat minimum RM500 layak terima khairat kematian RM1,500
Tunai zakat minimum RM500 layak terima khairat kematian RM1,500
Tunai zakat minimum RM500 layak terima khairat kematian RM1,500

SHAH ALAM, 4 DIS: Umat Islam yang menunaikan zakat RM500 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) layak mendapat sumbangan khairat kematian RM1,500 mulai Januari depan.

Ketua Pegawai Operasinya berkata skim yang dilancarkan Oktober lalu melayakkan pembayar zakat menerima sumbangan khairat jika berlaku kematian selepas tempoh tersebut.

Menurut Ahmad Fadhil Hassan inisiatif itu diperkenal bertujuan meringankan beban waris selepas pembayar zakat meninggal dunia.

[caption id="attachment_676285" align="alignleft" width="371"] Ketua Pegawai Operasi Lembaga Zakat Selangor (LZS) Ahmad Fadhil Hassan ditemui media pada majlis pelancaran Kempen Sama-Sama Kongsi LZS 2024 di Ibu Pejabat LZS di Seksyen 13, Shah Alam pada 4 Disember 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Individu yang sudah membayar zakat minimum RM500 pada bulan Oktober, November dan Disember tahun ini, mereka layak memohon sumbangan khairat pada Januari tahun depan," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen ‘Sama-Sama Kongsi’ di ibu pejabat LZS, Seksyen 13, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhil menjelaskan inisiatif Wakalah turut diperkenal iaitu dengan bayaran zakat serendah RM20 mereka berpeluang menjadi wakil LZS untuk mengagihkan sendiri wang zakat yang ditunaikan kepada asnaf layak berdasarkan syarat dan garis panduan ditetapkan.

“Manakala, menerusi inisiatif Siddiq pula individu membayar zakat RM500 minimum, mereka layak menerima Sumbangan Pendidikan Zakat dengan kadar RM100 setiap seorang maksimum lima anak berusia 7 hingga 17 tahun,” katanya.

[caption id="attachment_676286" align="aligncenter" width="947"] Ketua Pegawai Operasi Lembaga Zakat Selangor (LZS) Ahmad Fadhil Hassan bersama penerima bantuan LZS ketika majlis pelancaran Kempen Sama-Sama Kongsi LZS 2024 di Ibu Pejabat LZS di Seksyen 13, Shah Alam pada 4 Disember 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.