AGENDA

Luruan monsun sebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung mulai Ahad

2 Dis 2024, 2:30 PM
Luruan monsun sebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung mulai Ahad

KUALA LUMPUR, 2 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Dis ini di timur Semenanjung.

MetMalaysia dalam satu hantaran di platform X memaklumkan keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan tersebut dalam tempoh berkenaan.

Berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, penumpuan angin dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula petang Selasa (3 Dis) hingga awal pagi Rabu (4 Dis).

"Keadaan itu berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh berkenaan," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman web http://www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini serta sahih.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.