ad
EXCO

Karnival Ban Canal kukuh silaturahim, perpaduan penduduk setempat

1 Dis 2024, 2:30 PM
Karnival Ban Canal kukuh silaturahim, perpaduan penduduk setempat
Karnival Ban Canal kukuh silaturahim, perpaduan penduduk setempat

SABAK BERNAM, 1 DIS: Karnival Ban Canal 2024 anjuran Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI merupakan platform menyatukan komuniti Sabak Bernam daripada pelbagai lapisan masyarakat.

EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim berkata acara itu juga berjaya meraikan keunikan di daerah berkenaan yang berlatarkan pelbagai kaum dan budaya.

“Melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan, karnival berfungsi sebagai ruang untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk tempatan, serta memupuk semangat perpaduan dan keharmonian.

“Karnival ini juga memberi peluang kepada para peniaga dan usahawan tempatan untuk mempromosikan produk mereka, seterusnya membantu meningkatkan ekonomi komuniti,” katanya pada majlis penutup karnival.

[caption id="attachment_675871" align="alignnone" width="786"] EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim berucap sempena majlis perasmian penutupan Karnival Ban Canal 2024 di Parit 14, Simpang Lima, Sabak Bernam pada 1 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Suee Lim menambah program itu juga menjadi pembuka tirai bagi Tahun Melawat Selangor 2025.

“Kerajaan Negeri mengambil peluang untuk mempergiatkan lagi usaha-usaha promosi serta pembangunan infrastruktur pelancongan di Sabak Bernam.

“Saya yakin projek-projek yang dirancang di bawah SABDA (Pembangunan Kawasan Sabak Bernam) akan menjadi pemangkin kepada lonjakan jumlah pelancong ke daerah ini,” ujarnya.

Sepanjang enam hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung termasuk saringan kesihatan percuma, jualan makanan dan minuman, larian bendang dan maraton kayak.

Aktiviti lain termasuk jualan hasil tani tempatan, konsert dan pertunjukan perahu naga dan tradisional.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.