BERITA UTAMA

Usahawan F&B raih RM35,000 sebulan selepas sertai kursus MBPJ

29 Nov 2024, 4:00 AM
Usahawan F&B raih RM35,000 sebulan selepas sertai kursus MBPJ
Usahawan F&B raih RM35,000 sebulan selepas sertai kursus MBPJ
Usahawan F&B raih RM35,000 sebulan selepas sertai kursus MBPJ
Usahawan F&B raih RM35,000 sebulan selepas sertai kursus MBPJ
Usahawan F&B raih RM35,000 sebulan selepas sertai kursus MBPJ

PETALING JAYA, 28 NOV: Peniaga makanan dan minuman (F&B) meraih hasil jualan hingga RM35,000 setiap bulan selepas mendapat bimbingan melalui kursus pembangunan usahawan anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pengusaha nasi ayam belanda Farah Syazahani Azahari, 34, berkata pendapatan perniagaannya melonjak sekali ganda setelah menyertai kursus secara percuma itu.

Menurutnya, beliau berpeluang mempelajari promosi jualan makanannya melalui pemasaran digital secara efektif untuk menarik pelanggan serta teknik pengurusan kewangan dan pekerja dengan baik.

[caption id="attachment_675417" align="aligncenter" width="736"] Farah Syazahani Azahari[/caption]

“Perubahan selepas sertai program ini,hasil jualan dari RM18,000 meningkat ke RM35,000 sebulan. Sebelum ini, hanya saya bersama suami mengusahakan gerai di Kayu Ara, Petaling Jaya.

“Kini saya menggaji empat pekerja dan merancang untuk membuka sebuah lagi cawangan di Dataran Glomac selepas perayaan Aidilfitri pada tahun depan,” katanya.

Beliau merupakan penerima Anugerah Perniagaan Terbaik Petaling Jaya yang disampaikan EXCO Usahawan Mohd Najwan Halimi di Dewan Banquet, MBPJ, di sini semalam.

[caption id="attachment_675418" align="aligncenter" width="808"] Mohamad Azizul Abdul Aziz[/caption]

Bagi Mohamad Azizul Abdul Aziz, 44, keputusan untuk menyertai kursus pada 2022 selepas hilang pekerjaan akibat Covid-19 membantunya membangunkan jenama kopi sendiri.

“Saya belajar cara buat promosi dan pemasaran kopi saya di TikTok. Modul pembelajaran termasuk membuat suntingan video dan tanda pagar kreatif bagi menarik peminat kopi.

“Pendapatan jualan saya mencecah antara RM7,000 hingga RM10,000 sebulan. Sebelum ini ketika makan gaji hanya RM2,000,” kongsi penerima Anugerah Ikon Digital Petaling Jaya itu.

[caption id="attachment_675416" align="aligncenter" width="713"] Jimi Haikal Abdullah[/caption]

Seorang lagi peniaga, Jimi Haikal Abdullah, 45, memberitahu beliau menyertai kursus pada Mac 2021 susulan pendapatan terjejas disebabkan pandemik Covid-19 ketika berkhidmat di agensi swasta.

“Saya mempelajari kursus akaun, buat kerja kira-kira dan panduan merekod resit hingga membolehkan mengurus kewangan perniagaan dengan baik.

“Hasilnya saya berjaya membuka dua cawangan jual coconut shake di Ara Damansara dengan jualan antara RM20,000 hingga RM30,000 sebulan,” katanya yang merangkul Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik Petaling Jaya.

[caption id="attachment_675414" align="aligncenter" width="797"] EXCO Keusahawanan, Najwan Halimi (dua, kiri) bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon bersama penerima anugerah usahawan berpotensi petaling jaya 2024 ketika Majlis Anugerah Usahawan Berpotensi Petaling Jaya 2024 di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 28 November 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]