AGENSI

Laluan di persimpangan Kiwa ditutup sementara, guna jalan alternatif ke KLIA

29 Nov 2024, 2:08 AM
Laluan di persimpangan Kiwa ditutup sementara, guna jalan alternatif ke KLIA

SEPANG, 29 NOV: Polis menutup sebahagian laluan di persimpangan lampu isyarat Kiwa kerana ditenggelami air awal pagi ini.

Polis Trafik Ibu Pejabat Daerah Sepang dalam kemas kini di Facebook Trafik IPD Sepang, memaklumkan laluan yang ditutup setakat 8 pagi tadi ialah dari Kota Warisan ke Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kota Warisan.

“Penutupan jalan sementara di jalan BBST-Kota Warisan dan laluan alternatif bagi menjaga aspek keselamatan pengguna jalan raya berikutan paras air yang naik boleh mengundang pelbagai masalah kepada kenderaan.

“Penutupan jalan bermula hari ini sehingga dimaklumkan,” menurut kenyataan itu.

Polis Trafik IPD Sepang juga menasihati pengguna jalan raya agar memberi kerjasama dan menggunakan laluan lain sebagai alternatif dalam tempoh berkenaan.

Pengguna jalan raya dinasihati untuk menggunakan laluan alternatif bagi ke KLIA berikutan penutupan sebahagian laluan di persimpangan lampu isyarat Kiwa.

Bagi mereka yang datang dari Putrajaya, disarankan untuk keluar di Plaza Tol Bandar Serenia, sementara pengguna dari arah Kota Warisan disarankan keluar di Ayamas untuk ke KLIA.

Persimpangan lampu isyarat itu menghubungkan BBST, KLIA, Nilai dan Dengkil, sering dinaiki air apabila hujan lebat, selain berada di kawasan rendah.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.