AGENSI

Selangor buka dua PPS tempatkan 159 individu terjejas banjir di Klang

29 Nov 2024, 12:55 AM
Selangor buka dua PPS tempatkan 159 individu terjejas banjir di Klang
Selangor buka dua PPS tempatkan 159 individu terjejas banjir di Klang
Selangor buka dua PPS tempatkan 159 individu terjejas banjir di Klang
Selangor buka dua PPS tempatkan 159 individu terjejas banjir di Klang

SHAH ALAM: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 159 mangsa daripada 39 keluarga di Selangor susulan kediaman mereka dilanda banjir hari ini.

Menurut Pusat Operasi Smart Selangor (SSOC), seramai 21 mangsa ditempatkan di PPS Balai MPKK Bukit Kapar, manakala PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Meru menempatkan 138 mangsa.

“SSOC akan terus memantau dan membuat tindakan susulan tentang kejadian yang berlaku dan menyampaikan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” katanya menerusi kenyataan.

[caption id="attachment_672811" align="aligncenter" width="735"] EXCO Pengurusan Bencana Najwan Halimi (tengah) bercakap kepada media selepas meninjau keadaan banjir di Taman Mutiara Bukit, Raja Klang pada 13 November 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR.[/caption]

Sementara itu, EXCO Pengurusan Bencana Najwan Halimi berkata hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar Klang dinaiki air.

“Hujan sangat lebat dalam tempoh singkat di hulu kawasan bukit sehingga menyebabkan sistem saliran dalaman yang tidak sempurna tidak dapat menampung kapasiti air larian yang tinggi.

“Selain itu, saliran dalaman di kawasan Jalan Kempas juga tidak dapat menampung kapasiti larian air hujan dari kawasan tinggi di Bukit Cerakah dan Bukit Kapar,” katanya.

[caption id="attachment_637971" align="aligncenter" width="779"] ADN Meru Mariam Abdul Rashid bercakap kepada Media Selangor ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Meru di Taman Dato' Bandar, Klang pada 16 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Dalam pada itu, wakil rakyat Meru Mariam Abdul Rashid menerusi Facebook memaklumkan telah mengaktifkan bilik gerakan bencana alam menerusi talian 019-491 9101.

[caption id="attachment_675393" align="aligncenter" width="752"] Keadaan banjir di Jalan Kenangan, Klang pada 28 November 2024. Foto Facebook KDEB Waste Management[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.