AGENSI

Banjir kilat: Lima keluarga di Klang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara

28 Nov 2024, 4:32 PM
Banjir kilat: Lima keluarga di Klang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara

SHAH ALAM, 30 NOV: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Selangor yang menempatkan lima keluarga terjejas banjir kilat di Klang malam ini.

Berdasarkan info laman sesawang infobencanaJKM, mangsa terdiri daripada 8 orang kanak-kanak dan 13 orang dewasa.

Unit Pengurusan Bencana Negeri malam ini memaklumkan Taman Daya Meru, Pekan Meru di Klang dan Taman Bukit Hijau, Kuala Selangor dilanda banjir kilat.

Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat di seluruh Selangor berterusan sehingga jam 1 pagi ini.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.