AGENDA

Amaran hujan lebat di enam daerah Selangor, KL hingga 10 pagi

27 Nov 2024, 12:51 AM
Amaran hujan lebat di enam daerah Selangor, KL hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 27 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang sehingga 10 pagi ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama diramal berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya seluruh Melaka dan beberapa kawasan di Sarawak dan Negeri Sembilan.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.