AGENDA

Pelajar tahfiz lemas selepas tergelincir dalam tali air

26 Nov 2024, 12:30 PM
Pelajar tahfiz lemas selepas tergelincir dalam tali air

KOTA BHARU, 26 NOV: Seorang pelajar tahfiz ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air semasa mandi bersama dua lagi rakannya di Kampung Padang Lati, Bachok, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok Lokman Yusoh berkata Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.

Beliau berkata lapan anggota BBP Bachok serta enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pengkalan Chepa dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 3.37 petang.

“Mangsa kemudian ditemukan pada 4.13 petang. Mayat remaja itu diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.