ad
AGENDA

Penerjun negara akhiri kemarau 18 tahun Malaysia di kejohanan remaja dunia

26 Nov 2024, 4:33 AM
Penerjun negara akhiri kemarau 18 tahun Malaysia di kejohanan remaja dunia

KUALA LUMPUR, 26 NOV: Penerjun negara Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim menamatkan kemarau 18 tahun Malaysia menaiki podium pada Kejohanan Terjun Remaja Dunia 2024 selepas merangkul pingat gangsa dalam acara tiga meter papan anjal lelaki (16 hingga 18 tahun) semalam.

Menurut Akuatik Dunia, penerjun berusia 18 tahun itu menduduki tempat ketiga selepas mengumpul 506.75 mata pada pusingan akhir di Rio de Janeiro, Brazil.

Rakan senegara Yong Rui Jie hanya menduduki tempat ke-10 daripada 12 penerjun selepas mengutip 440.30 mata.

Yan Xin dari China membawa pulang emas selepas menampilkan aksi cemerlang dengan mengutip 546.60 mata, manakala Isak Borslien dari Norway memenangi perak (508.35 mata).

Kali terakhir Malaysia menaiki podium adalah pada edisi 2006 di lokasi sama apabila Elizabeth Jimie dan Bryan Nickson Lomas masing-masing memenangi emas serta gangsa.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.