AGENDA

Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga Jumaat

23 Nov 2024, 11:26 AM
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga Jumaat

KUALA LUMPUR, 23 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan lokaliti terlibat adalah di seluruh Terengganu dan di Kelantan merangkumi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala di Pahang meliputi Jerantut, Kuantan, Pekan serta Rompin.

Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan untuk tempoh mulai 26 hingga 29 Nov bagi seluruh Perlis dan Kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), di Pahang meliputi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera) manakala di Perak (Hulu Perak) dan Kelantan (Gua Musang).

Hujan berterusan juga dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat hingga 25 Nov.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.