ad
AGENDA

Ramalan hujan lebat di Selangor, KL hingga 9 malam

23 Nov 2024, 9:18 AM
Ramalan hujan lebat di Selangor, KL hingga 9 malam
Ramalan hujan lebat di Selangor, KL hingga 9 malam

SHAH ALAM, 23 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 9 malam ini.

Cuaca disertai ribut petir dan angin kencang itu turut dijangka berlaku di seluruh Perlis, Pulau Pinang dan Melaka selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_674541" align="aligncenter" width="655"] Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]