AGENDA

Syarikat halal terbaik diiktiraf, Selhac 2024 catat transaksi lebih RM60 juta

21 Nov 2024, 1:50 AM
Syarikat halal terbaik diiktiraf, Selhac 2024 catat transaksi lebih RM60 juta
Syarikat halal terbaik diiktiraf, Selhac 2024 catat transaksi lebih RM60 juta
Syarikat halal terbaik diiktiraf, Selhac 2024 catat transaksi lebih RM60 juta
Syarikat halal terbaik diiktiraf, Selhac 2024 catat transaksi lebih RM60 juta

SHAH ALAM, 21 NOV: Konvensyen Antarabangsa Halal Selangor (Selhac 2024) meraikan suatu kejayaan di mana negeri Selangor memberi penghormatan kepada 22 syarikat contoh melalui pengiktirafan berprestij, Senarai Putih Pensijilan Halal Selangor. Kerajaan negeri kini mengiktiraf komitmen cemerlang syarikat syarikat ini kepada integriti halal dan pematuhan kepada matlamat dan piawaian

industri halal di Malaysia.

Sebagai penerima pengiktirafan ini, syarikat-syarikat ini mendapat manfaat daripada proses pensijilan yang dipercepatkan di bawah Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia (ISPHM), sejajar dengan hasrat Selangor untuk menjadi hab halal global.

Majlis anugerah itu berlangsung pada Majlis Makan Malam Penghargaan Selhac 2024 di hotal Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, pada 13 November.

[caption id="attachment_674206" align="aligncenter" width="782"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memberi pengiktirafan kepada syarikat yang menerima Senarai Putih Pensijilan Halal dalam Majlis Makan Malam Apresiasi Selhac 2024 di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada 13 November 2024. Foto ihsan Selhac[/caption]

Selhac 2024, yang berlangsung dari 16-19 Oktober di Pusat Konvensyen KL, telah menarik lebih 20,000 pengunjung dan memudahkan transaksi perniagaan bernilai lebih RM60 juta. Program padanan perniagaan yang dianjurkan di Selhac juga telah menghimpunkan 89 syarikat dari Malaysia dan luar negara— termasuk peserta dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Oman, Thailand dan China—

menjalinkan hubungan perniagaan berimpak tinggi.

Selhac 2024 juga menjana hampir RM500,000 melalui jualan langsung oleh 71 peserta pameran, yang terdiri daripada syarikat tempatan dan antarabangsa (antaranya dari Oman, Jepun, Vietnam, China, Indonesia dan Singapura).

Konvensyen itu menekankan potensi komersial di dalam industri halal, dan memupuk peluang yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan kemampanan ekosistem halal Selangor.

Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari menegaskan komitmen negeri untuk memajukan sektor halal melalui inisiatif strategik.

[caption id="attachment_668433" align="aligncenter" width="796"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari merasmikan Majlis Perasmian SELHAC ketika Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 16 OKtober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Dengan inisiatif seperti Hab Halal 2.0 dan Platform Maklumat Pusat atau Central Information Platform (CIP), kami telah membina suatu asas bagi ekosistem halal yang mampan dan inklusif di Selangor," katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa Halal Certificate Readiness Assessment (Halal CRA) - dibangunkan oleh HIS Toyyiba Sdn Bhd - adalah langkah transformatif yang bertujuan menjadikan proses pensijilan halal lebih mudah diakses dan cekap untuk perniagaan. Dengan memperkemas keperluan pensijilan dan menyediakan panduan yang jelas dan berstruktur, Halal CRA menandakan komitmen Selangor dalam menyokong perniagaan dalam usaha ke arah pematuhan halal. Inisiatif ini, katanya,

adalah sebahagian daripada visi Selangor yang lebih luas dalam memupuk ekosistem halal bertaraf dunia yang inklusif serta memenuhi piawaian nasional dan antarabangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato' Setia Dr Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar menyokong saling hubungan Selhac dengan inisiatif kerajaan persekutuan, contohnya Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) dan memuji konvensyen itu kerana meningkatkan tempat Malaysia di dalam industri halal global.

"Tentunya Selhac mempunyai objektif yang seiring dengan acara-acara Halal yang dianjurkan oleh Kerajaan, seperti Mihas. Ia telah meningkatkan posisi Malaysia di peringkat global dalam arena halal. Acara-acara ini mewujudkan ekosistem yang padu yang saling menyokong dan memacu matlamat bersama untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal global.," katanya.

[caption id="attachment_668436" align="aligncenter" width="814"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari membuat lawatan ke reruai selepas merasmikan Majlis Perasmian SELHAC ketika Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 16 OKtober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, juga menekankan kepentingan Selhac dalam memajukan industri halal melalui inovasi dan sokongan pemantauan.

“Melalui inisiatif seperti sistem Certificate Readiness Assessment (CRA), Selhac menjadikan proses pensijilan lebih mudah diakses dan cekap untuk peniaga. Kami komited dalam memupuk ekosistem halal yang bukan sahaja mengikut pematuhan, tetapi juga berfikiran jauh, selaras dengan matlamat transformasi digital kami yang lebih luas,” kata YAB Dato’ Seri Amirudin Shari.

“Selhac telah menjadi sebahagian perjalanan berterusan kami untuk mengukuhkan dan mengembangkan industri halal di Selangor dan seluruh Malaysia.”

Selhac adalah acara utama yang bertumpu kepada memajukan industri halal melalui inovasi, pensijilan dan logistik cekap. Dianjurkan oleh EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi, dan diuruskan oleh anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI, HIS Toyyiba Sdn Bhd, lebih dikenali sebagai Halal International Selangor (HIS), Selhac mewujudkan platform bagi dialog dan kolaborasi di antara pemimpin industri, penggubal dasar, akademik dan pelbagai pemegang taruh.

Dianjurkan setiap tahun, Selhac memberi fokus kepada bidang penting seperti mempercepatkan pensijilan Halal bagi PMKS, mengoptimumkan rantaian bekalan logistik Halal dan membudayakan inovasi digital halal. Dengan komitmen dalam memupuk pertumbuhan dan meningkatkan daya saing di dalam pasaran global, Selhac terus memainkan peranan penting dalam membangunkan sektor Halal di Selangor dan Malaysia.