AGENSI

Banting, Semenyih antara empat lokasi jualan murah barangan dapur pagi ini

18 Nov 2024, 11:50 PM
Banting, Semenyih antara empat lokasi jualan murah barangan dapur pagi ini
Banting, Semenyih antara empat lokasi jualan murah barangan dapur pagi ini
Banting, Semenyih antara empat lokasi jualan murah barangan dapur pagi ini

SHAH ALAM, 19 NOV: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di empat lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi, orang ramai berpeluang membeli ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Jualan murah barangan dapur yang berakhir 1 tengah hari itu turut menawarkan ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Berikut lokasi JER pada hari ini:

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini. Bagi meluaskan capaian, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.

PKPS juga melancarkan Pasar Raya Ehsan Mart di Dataran Selayang, Batu Caves yang menawarkan harga barangan asas lebih rendah. Pasar raya itu bakal diperluas di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

[caption id="attachment_663793" align="aligncenter" width="1134"] Orang ramai membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Padang Awam Batu Caves pada 14 Mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]