ad
ADN

Wakil rakyat harap jalan rosak di Dusun Tua tersenarai dalam Projek Turapan Mega

18 Nov 2024, 12:30 PM
Wakil rakyat harap jalan rosak di Dusun Tua tersenarai dalam Projek Turapan Mega
Wakil rakyat harap jalan rosak di Dusun Tua tersenarai dalam Projek Turapan Mega

SHAH ALAM, 18 NOV: Wakil rakyat Dusun Tua berharap beberapa jalan yang rosak di Dewan Undangan Negeri berkenaan diberi perhatian khusus dan tersenarai dalam Projek Turapan Mega tahun depan.

Datuk Johan Abdul Aziz berkata kerosakan yang berpunca dari kenderaan berat membahayakan keselamatan pengguna selain menyebabkan kesesakan trafik terutamanya ketika hujung minggu.

[caption id="attachment_630849" align="aligncenter" width="799"] Ahli Dewan Negeri Dusun Tua Datuk Johan Abd Aziz berucap dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di Bangunan Annex, Shah Alam pada 28 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Ramai pengunjung datang ke Dusun Tua pada hujung minggu untuk berlibur di tempat rekreasi dan air terjun. Jadi Dusun Tua memerlukan jalan alternatif yang boleh menghubungkan penduduk untuk keluar ke Kuala Lumpur atau Kajang.

“Saya mohon Dusun Tua diberi perhatian dalam program ini supaya pengguna berasa selesa ketika memandu,” kata membahaskan rang undang-undang enakmen perbekalan 2025 di sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Jumaat lalu, Dato’ Menteri Besar mengumumkan Projek Turapan Mega diteruskan bagi meningkatkan kualiti jalan raya di seluruh Selangor tahun depan dengan peruntukan RM50 juta.

Jelas Dato Seri Amirudin Shari, Kerajaan Negeri sentiasa peka terhadap aduan rakyat berhubung kerosakan jalan yang memberi risiko kepada keselamatan dan keselesaan pengguna.

Beliau turut mengharapkan projek tebatan banjir dapat dilaksana di beberapa kampung antaranya Sungai Lui, Kampung Jawa, Pekan Batu 18, Felcra Semungkis dan Sungai Serai bagi mengelakkan berlakunya kejadian bah terutama ketika musim monsun.

“Penduduk masih mengalami trauma akibat kejadian banjir besar pada Disember 2021 selain kerugian harta benda dan berdepan insiden kehilangan nyawa.

“Dalam masa sama Dusun Tua pembangunan atau penyelenggaraan sistem saliran supaya risiko banjir dapat dikurangkan dan memberi kelegaan kepada penduduk yang kerap terjejas banjir,” katanya.

Menerusi Belanjawan Selangor 2025, pentadbiran memperuntuk RM34.27 juta bagi memastikan keberkesanan pengurusan pembangunan projek tebatan banjir di beberapa lembangan sungai utama negeri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.