ad
AGENDA

MB: RS-1 capai tahap hampir 60 peratus, laporan prestasi dipapar setiap bulan

18 Nov 2024, 3:25 AM
MB: RS-1 capai tahap hampir 60 peratus, laporan prestasi dipapar setiap bulan

SHAH ALAM, 18 NOV: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang menjadi kerangka pembangunan negeri untuk tempoh lima tahun sehingga 2025 mencapai tahap hampir 60 peratus setakat September.

Dato’ Menteri Besar berkata daripada 282 projek, program dan inisiatif (PPI) yang dirancang, 65 peratus melibatkan 183 PPI masih dalam pelaksanaan selain 38 projek dalam fasa pra-pelaksana dan dijangka siap tahun depan.

“Setakat ini 30 PPI sudah siap sepenuhnya dan 22 projek akan siap tahun ini. Namun projek ini akan berulang saban tahun. Sembilan lagi PPI belum bermula dan dijangka dimulakan tahun depan.

“Secara keseluruhan, peratus kemajuan proses bawah teras ekonomi mencapai 44.7 peratus, 72 peratus untuk teras sosial, 57.6 peratus teras kelestarian manakala ke empat (tadbir urus) mencapai 61.69 peratus,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Beliau berkata jawatan kuasa diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim turut memantau perjalanan PPI serta mengadakan mesyuarat bulanan bagi memastikan projek mencapai sasaran.

“Kerajaan Negeri juga memaparkan prestasi pelaksanaan RS-1 melalui papan pemuka di portal rasmi untuk laporan setiap bulan. Sesiapa berminat untuk mengetahui perjalanan RS-1 boleh melihat laporan di laman sesawang berkenaan,” katanya.

RS-1 diumum pada Julai 2022 di DNS bertujuan membentuk ekonomi mampan dan cekal demi menjamin kesejahteraan rakyat selain mencapai hasrat negeri menyumbang 30 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2025.

RS-1 diumum pada Julai 2022 di DNS bertujuan membentuk ekonomi mampan dan cekal demi menjamin kesejahteraan rakyat selain mencapai hasrat negeri menyumbang 30 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2025.

Melibatkan beberapa projek besar antaranya Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) dan Projek Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS),ia juga merupakan pelan mendepani ekonomi global yang dijangka perlahan tahun hadapan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.