ad
BERITA UTAMA

EXCO: Selangor diiktiraf MBOR, 2,954 sertai sesi makan punten

17 Nov 2024, 9:00 AM
EXCO: Selangor diiktiraf MBOR, 2,954 sertai sesi makan punten
EXCO: Selangor diiktiraf MBOR, 2,954 sertai sesi makan punten
EXCO: Selangor diiktiraf MBOR, 2,954 sertai sesi makan punten
EXCO: Selangor diiktiraf MBOR, 2,954 sertai sesi makan punten

SEPANG, 17 NOV: Kerajaan Negeri menerusi menerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) menerima pengktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penyertaan terbanyak sesi makan punten melibatkan 2,954 peserta.

Punten, makanan tradisi masyarakat Jawa dari kawasan Tanjung Karang, Kuala Selangor merupakan juadah seperti nasi himpit yang diperbuat daripada santan, kelapa parut, garam dan daun pandan dimakan dengan sambal hijau ikan bilis.

Rekod dicipta pada Festival Makanan Warisan Selangor 2024 berlangsung di Pantai Bagan Lalang di sini, dirasmikan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, hari ini.

[caption id="attachment_673597" align="aligncenter" width="682"] EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah berucap dalam Festival Makanan Selangor di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada 17 November 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah berkata festival berkenaan bertujuan menonjol dan mengetengahkan kepelbagaian warisan makanan di Selangor yang kian dilupakan.

“Generasi muda semakin kurang mengenali makanan warisan justeru program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepelbagaian juadah tradisi di Selangor serta kepentingan untuk memelihara dan menghargai budaya makanan tempatan.

“Program ini juga berperanan menyokong pengusaha dan penggiat makanan warisan selain menjadikan kulinari masakan tradisional sebagai salah satu tarikan pelancong,” katanya menyampaikan sembah ucapan pada festival berkenaan.

[caption id="attachment_673598" align="aligncenter" width="672"] Orang ramai mengambil makanan di reruai Hulu Selangor dalam Festival Makanan Selangor di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada 17 November 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Borhan berkata festival tahun ini turut diberi pembaharuan dengan penyediaan pavilion makanan warisan mengikut daerah yang dilaksanakan 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan kerjasama Pejabat Daerah di seluruh Selangor.

“Setiap pavillon menyediakan juadah tradisi popular di daerah dan kawasan masing-masing yang dihidangkan secara percuma kepada pengunjung dengan 36 menu disediakan termasuk lemper, balungan hayam, tat bengkulu, bebotok, kelemai, lontong, Loh Mai Kai, sate Kajang, nasi ambeng dan banyak lagi,” katanya.

Ditemui selepas program itu, Borhan berkata sempena Tahun Melawat Selangor tahun depan, festival berkenaan dirancang dalam skala lebih besar yang dijangka akan mengetengahkan makanan warisan pelbagai etnik di Selangor seperti Bugis, Banjar, Minang dan Bangkahulu.

[caption id="attachment_673599" align="aligncenter" width="625"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Hajah Norashikin diiringi isteri Dato' Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhamad berkenan melawat reruai Sabak Bernam selepas merasmikan Festival Makanan Selangor di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada 17 November 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Ini bagi memastikan makanan warisan Selangor diperkasa merentas generasi dan tidak dilupakan,” katanya.

Terdahulu Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menyaksikan penyampaian sijil pengiktrafan MBOR kepada Borhan oleh wakil MBOR Mohamad Nazrul Hafizi.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.