BERITA UTAMA

MB: Karnival bola sepak Yayasan MBI kembang bakat baharu

16 Nov 2024, 1:26 PM
MB: Karnival bola sepak Yayasan MBI kembang bakat baharu
MB: Karnival bola sepak Yayasan MBI kembang bakat baharu
MB: Karnival bola sepak Yayasan MBI kembang bakat baharu

HULU LANGAT, 16 NOV: Karnival bola sepak anjuran Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di padang Serene Heights di sini menjadi medan mencari bakat baharu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata karnival itu merupakan usaha Kerajaan Negeri membentuk sistem pembangunan bakat bola sepak pada peringkat akar umbi di Selangor.

“Ia menjadi masa terbaik bangunkan semula akar umbi setelah usaha melalui akademi Merah Kuning yang saya mulakan ketika memegang jawatan EXCO sukan dahulu terganggu disebabkan pandemik Covid-19.

[caption id="attachment_673513" align="alignnone" width="782"] Bekas pemain bola sepak lagenda Selangor, Datuk K Rajagopal bersama Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor bergambar bersama pasukan Pantera Tigers FC yang menjuarai perlawanan bola sepak ketika Majlis Penutup Karnival Yayasan MBI MiFOM Begonia 2024 di Semenyih, Hulu Langat pada 16 November 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Sesi ramah mesra bersama pemain Selangor FC dan lagenda Merah Kuning pada karnival ini turut merapatkan hubungan bersama komuniti,” katanya selepas merasmikan penutupan karnival tersebut.

Sebanyak 16 kelab bola sepak dari Semenyih menyertai pertandingan bagi kategori bawah 15 tahun dan 12 tahun melalui format kalah mati.

[caption id="attachment_673514" align="alignnone" width="806"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersalaman dengan pemain bola sepak veteran Selangor ketika Majlis Penutup Karnival Yayasan MBI MiFOM Begonia 2024 di Semenyih, Hulu Langat pada 16 November 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu, Ketua Yayasan MBI berkata karnival anjuran bersama Persatuan Penduduk Serene Heights bertujuan mencungkil bakat baharu selain memberi pendedahan meningkatkan mutu permainan.

Selain pertandingan, Ahmad Azri Zainal Nor berkata terdapat aktiviti menarik lain diadakan seperti sesi ramah mesra dengan Dato’ Santokh Singh, Dato’ Soh Chin Ann dan Dato K Rajagopal.

“Masyarakat dan pemain muda ini turut berpeluang beramah mesra bersama pemain remaja kelab bola sepak Wolfsburg, Qaseh Rania dan dua pemain Selangor FC iaitu Sam Somerville serta Haykal Danish.

“Jualan dari truck Selangor FC dan peniaga Platform Selangor (PLATS) turut mewarnai karnival ini,” kongsinya.