SHAH ALAM, 15 NOV : Selangor meneruskan insentif Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) pada tahun depan dengan peruntukan RM3 juta, kata Dato’ Menteri Besar.
“Bermula 2023, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan kewangan berjumlah RM3 juta bagi melaksanakan insentif HPIPT yang memberi bantuan RM1,000 khusus kepada anak-anak Selangor yang melanjutkan pendidikan.
“Ia membabitkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta yang diiktiraf bermula dari peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang belanjawan negeri.
Syarat kelayakan HPIPT ialah keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah. Pada 2023, sebanyak 6,023 permohonan diterima dan 3,000 pemohon berjaya mendapatkan bantuan HPIPT.
Antara syarat kelayakan HPIPT:
- pemohon, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia
- pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian
- pemohonan adalah pelajar tahun pertama sahaja
- setiap permohonan hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja